Sunday, November 16, 2008

Suara ghaib dan editor kena 'chopped'

BERITA dan ulasan mengenai kenyataan dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kini sudah pun mula dapat dibaca di akhbar-akhbar arus perdana dan muncul di kaca tv baik TV3 atau Astro.
Keadaan sudah mula normal kembali dan jelas arahan larangan dan 'blackout' dikenakan terhadap Dr Mahathir ditarikbalik.
Memanglah sekejap ada sekejap tidak ada, macam silap mata saja berita Dr Mahathir ni. Tetapi sejak timbul kisah-kisah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai penasihat politik dan Tun Daim Zainuddin, konsultan ekonomi, segalanya berubah.
Ada 'orang dalam' kata editor kini berani siarkan kenyataan Dr Mahathir kerana sejak meletakkan jawatan September lalu dan sementara menantikan Mac, 2009, Kalimullah Hassan sudah tidak lagi kelihatan di Balai Berita.
Suara ghaib pun tidak lagi kedengaran memberi arahan.
Tetapi kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah. Khabarnya dua akhbar arus perdana sudah pun mempunyai editor-editor sama ada baru dilantik (memangku) atau disambung kontraknya, baru-baru ini.
Namun, sebagaimana biasa bertukarnya editor apabila PM baru dilantik, sudah ada nama-nama editor baru diterbangkan dengan heli mendarat di .....dan ada juga kena 'chopped' dan digantikan walaupun ini bermakna yang pergi akan dibayar pampasan sehingga RM800K.

Sunday, November 9, 2008

Bekas mufti dengan tangan ghaib

DR.Mohammed Asri Zainul Abidin yang dilaporkan sudah pun melepaskan jawatan Mufti Perlis pada hujung Oktober lalu walaupun ia sepatutnya disambung sehingga 2009, memang amat kontroversil orangnya.
Namun apa yang dapat dinilai adalah, Dr Asri berani kerana benar dan sanggup mengulas sesuatu isu yang tidak mungkin tergamak dan mampu diulas seluruh barisan ulama dan mereka yang bergelar ulama dan pegawai agama di negara kita selama ini.
Atau jika mereka ulas pun mungkin secara tertutup dan tidak mahu dilaporkan atau off the record.
Dua ulasan paling menonjol adalah pertama, berkaitan unsur keberhalaan pada upacara meletak bunga di depan patung perajurit negara di Tugu Peringatan.
Selepas itu, pemasangan patung besar Anwar Ibrahim dekat Batu Caves juga dikaitkan dengan unsur keberhalaan.
Isu kedua yang akan menonjol adalah cadangan Dr Asri agar Raja Petra Kamaruddin diajak berhujah mengenai tulisan dan tuduhan beliau bersubahat menyiarkan tulisan dan kenyataan anti-Islam atau lebih tepat lagi menghina Rasullullah SAW dan keluarganya.
Memandangkan beliau sudahpun menimbulkan persoalan mengenai unsur keberhalaan dalam upacara meletak bunga itu, tentunya ia perlu dikaji semula oleh kerajaan bagi menghilangkan segala keraguan terhadap amalan bertahun-tahun itu.
Sekali imbas ia adalah tradisi diwarisi daripada tentera British dan tidak ada kena mengena dengan Islam. Perlukah ia diteruskan?
Apakah cara terbaik dan mengikut lunas Islam untuk memberi penghormatan kepada perajurit kita yang gugur menentang komunis?
Mengenai tulisan anti-Islam tentunya kita tidak kekurangan pakar dan profesor dalam bidang pengajian Islam dan perkara lebih khusus baik syariah atau usulludn yang petah berbahasa Inggeris untuk berhujah dengan Raja Petra.
Tunjuk dan buktikan dengan dalil betapa apa disiarkannya adalah salah, palsu dan bertentangan dengan Al-Quran (iaitu jika Raja Petra mahu beriman dengannya)serta beri beliau keyakinan untuk berpegang kepada Islam.
Hendaknya barisan ulama dan profesor pengajian Islam baik di UM, UKM, USIM, atau USM tampil atau pun ayuh Dr Asri, kamu sendiri tampil berbahas dengan Raja Petra.
Bagi pegawai agama digaji kerajaan, jika dituduh jumud mungkin kamu marah tetapi hakikatnya boleh dikatakan tidak ada yang berani tampil sendiri menentang kata-kata dan kenyataan disiarkan MalaysiaToday. Ramai yang berada dalam comfort zone dan tidak mahu hilang pencen!
Akhir kalam, dengarnya Dr Asri mengadu kepada seorang rakannya, juga seorang ustaz berkelulusan Dr, kini barulah beliau yakin ada tangan dan suara ghaib yang boleh menentukan sama ada sesuatu itu boleh digunapakai, sesuatu itu boleh atau tidak boleh dilaksanakan. Selamat datang ke dunia politik yang penuh dengan keajaiban, pembohongan, tipu helah dan kefasikan!

Wednesday, October 29, 2008

Bolehkah rakan-rakan media bantu KJ?

SEJAK dikejutkan dengan pencalonan demi pencalonan untuk Datuk Mukhriz Mahathir bagi merebut kerusi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berusaha lebih giat lagi untuk memenangi hati ahli Pemuda yang bersidang.
Setakat ini beliau mendapat 48 pencalonan berbanding Mukhriz sebanyak 70. Tentunya sewaktu Pemuda mula bermesyuarat 9 Oktober lalu, KJ menjangka beliaulah yang akan mendahului Mukhriz, Khir Toyo dan Zahidi Zainol Abidin. Maklumlah menantu PM.
Tetapi jelas sangkaan beliau itu meleset hingga akhirnya KJ mahu beliau dianggap sebagai calon 'underdog' saja.
Dalam mencari-cari wadah bagi mendapatkan publisiti luas dan mudah, KJ teringat akan rakan-rakannya di media arus perdana apatah lagi Kalimullah Hassan masih ada bertugas walaupun sudah menyerahkan surat meletakkan jawatan September lalu.
Beliau mungkin semakin terdesak apabila melihat sebuah akhbar mingguan paling laris mewawancara Mukhriz sehingga hampir semuka penuh, baru-baru ini.
Darahnya berderau agaknya. Apakah Mukhriz ada geng dalam akhbar itu? Itupun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sudah pun memberitahu KJ akan menang tanpa banyak halangan.
Tetapi jelas Pemuda di akar umbi mahu calon Ketua yang berwibawa, tidak dibayangi sesiapa, tegas dan berprinsip serta tidak gentar mengeluarkan kenyataan.
Bagaimanapun, tanpa disedari ataupun tidak, KJ sudah pun menggembleng rakan-rakannya di sebuah akhbar arus perdana dan juga stesen tv swasta untuk melancarkan promosi baginya.
Sejak minggu lalu lagi, akhbar arus perdana hampir setiap hari menyiarkan apa saja berita dan ulasan dibuat oleh KJ - lengkap dengan gambar sekali.
Ada kalanya berita ulasan oleh KJ pun dijadikan berita utama. Apa pun berlaku, gambar KJ mesti dipaparkan.
Menggunakan senjata media ini pun sebenarnya ada juga padahnya.
Beberapa minggu sebelum pilihanraya 8 Mac lalu, ada rakan di Kota Bharu kata Pas pasti 'bungkus' kali ini akibat serangan daripada pelbagai sudut terutama publisiti oleh media arus perdana untuk BN.
Tetapi publisiti meluas di peringkat akhir kempen, lebih-lebih lagi melibatkan KJ, kata mereka tiba-tiba mengubah semula sokongan kepada Pas.
Hai KJ janganlah sampai 'senjata' mu memakan diri mu pula! Usah sampai Pemuda jelak dan muak dengan publisiti murahan tu!

Orang luar pun kutuk

DI tengah-tengah kemelut dan kegawatan ekonomi dunia, negara jiran kita, Singapura sudah pun memberi amaran ia mula dibelit kemelesetan. Kadar pengangguran juga dijangka meningkat.
Dalam keadaan beginipun, ada rakyatnya teringat peristiwa 1998 sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan di bawah kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Diturunkan di sini, petikan daripada ulasan dalam Forum AsiaOne:

Anwar and the Singapore Economy - 24-10-2008, 11:21 PM

At the last Asia Financial tsunami, Anwar, then Malaysian Finance Minister, attempted to follow and implement policies recommended by IMF and the western world. Maybe he was trying to ally himself with the West to oust then Prime Minister, Mahathir.
Mahathir sacked Anwar, and immediately erected currency barrier to protect the Malaysian currency; a move that was met with harsh criticism and ridicule from the western experts.
Surprisingly the currency barrier works and shielded Malaysia safely through the recession, whereas countries such as Indonesia and Thailand accepted and followed the IMF to turmoil and pain.
As Singapore is facing recession and economic difficulties ahead, will our new generation of Ministers forge our own destiny or will they blindly follow expert advices? Will we build our own uniquely Singapore’s financial equivalent of ERP and CPF, or will we copy US and create “high notes” and “mini-bonds” to destruction?

Are our Ministers the: Anwar or Mahathir?

Friday, October 24, 2008

Mimpi pembangkang jadi menteri berkecai

PENGUMUMAN Anwar Ibrahim rancangan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru mengambilalih daripada Barisan Nasional, kini ditangguhkan berikutan kegawatan ekonomi dunia, agak memeranjatkan.
Bukan menghampakan rakyat yang dah bosan dengan tipu helah, pembohongan, putarbelit dan lidah bercabang si Anwar ni, tapi semua 'tokoh' di sekeilingnya selama ini yang begitu mengharapkan Anwar menjadi Menteri Perdana alias Perdana Menteri.
Lu tak ada gengsilah Anwar. Lu Kia bo lah.
Semua orang dah tahu..dalam Kabinet Bayangan pembangkang, Tian Chua sudah pun bermimpi dilantik Menteri Penerangan; Lim Kit Siang tentunya Timbalan Perdana Menteri begitu juga mungkin Karpal Singh menteri undang-undang atau Dalam Negeri; Pembangunan Luar Bandar boleh jadi dimimpikan Dr Nasir; Belia dan Sukan, Shamsul Iskandar dan menteri semua hal, Saifuddin Nasution.
Turut memasang cita-cita agaknya sudah tentulah Johari Abdul, Khalid Samad dan Teresa Kok?
Pastinya ramai lagi yang sentiasa berligar dekat Anwar kerana setidak-tidaknya dilantik setiausaha politik atau dihantak jadi pengerusi/ketua pengarang kumpulan NST atau Kumpulan Utusan.
Yang pasti Ezam, Ghani Haroon dan ramai lagi yang pernah berjuang dalam erti kata sebenar-benarnya bagi membela Anwar sudah lama dipinggir dan dilupakan Anwar.
Kini ramai yang lebih gemar membuntuti Anwar sebenarnya mahu habuan sama ada berupa pelantikan politik atau kontrak bermakna wang melimpah ruah kelak.
Rupa-rupanya Suara Keadilan 22-29 Oktober tidak diberitahu lebih awal "Harapan Hanya Kepada Anwar" hanyalah omong kosong saja. Cakap-cakap di kedai kopi diganti todi atau arak agaknya hingga semuanya mabuk kuasa!
Kan Anwar pernah jadi TPM 90-an dulu. Kan dia memasang golongan usrahnya merampas kuasa di akhbar perdana - Berita Harian dan Utusan dan juga TV3. Pemberita budak hingusan dari pekan boleh dilantik jadi komisar di Jabatan Editorial sebab 'puja' Anwar.
Ramai yang dapat wang panas ketika itu. Ramai yang dapat tanah berpremium rendah. Ada yang jadi ejen komisen 20 persen. Ada yang bina banglo di Shah Alam. Kini semuanya bertabur. Bersembunyi? Entahlah. Mimpi enak-enak semua..sambil berdengkur dan berairliuh basi bantaltu!
916, 923 dah berlalu pergi jauh dan tiba Aidiladha kelak banjir air matalah Anwar bersama-sama semua koncomu.

Isa Samad: Orang Kampung Semua Dah Tahu

BERIYA-IYA betul nampaknya tu bekas orang kuat Negori, Tan Sri Isa Samad hendak mendapatkan semula kerusi Naib Presiden Umno yang dimenanginya pada Perhimpunan Agung 2004 (1,507 undi perwakilan).
Cuma kemenangan itu terlepas macam belut licin daripada genggamannya pada Jun, 2005 berikutan tuduhan beliau terlibat dalam politik wang.
Dengan dikelilingi penyokong tegarnya di Kelab Golf Nilai (tak mahu kalah, siapa bayar kosnya)beliau mengumumkan kononnya ketiadaannya selama tiga tahun akibat digantung Lembaga Disiplin dirindui.
Beliau juga menuduh golongan yang berdendam dan cemburu kemenangannya pada 2004 sebagai punca digantung.
Macamlah anggota Lembaga Disiplin tu buta, tuli dan tidak menyiasat tuduhan berkenaan.
Ape den kato? Wang kertas ada, wang pokok pisang tu zaman Jepun...politik wang tu apo tanya Pak Luak. Politik wang tu=bagi duit boli undi perwakilan=rasuahlah!!!!Siapa yang cemburu, siapa berdendamni?
Seorang rakan dari Seremban yang kebetulan melalui Lembah Jaya Selatan, Ampang, 10 Mac lalu ternampak dua kain rentang di kampungtu. Satu berbunyi "Tanah Kubur Digadai" satu lagi "Tapak Sekolah Agama diambilalih".
Semalam, dia menelefon kita, kata beliau sepatutnya dua kain rentangtu dipasang juga di Seremban dan Teluk Kemang.
Sebabnya: Semua orang kampung dah tahu!!
Tahu apa ya? Tanyalah bekas MB jawabnya ringkas dan selamba!
(Setakat 20 Oktober lalu, Isa Samad dapat 7 undi perwakilan yang sudah bersidang) Sama-sama kita tunggu mampukah beliau melepasi kuota 20 diperlukan untuk bertanding menentang 'tenaga muda' Hishamuddin Hussein, Shafie Apdal dan Zahid Hamidi.

Tuesday, October 21, 2008

Hadi, Anwar perang dingin

SETIAP kali Anwar Ibrahim membuat pengumuman beliau sememangnya sudah ada jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi membentuk sebuah kerajaan pembangkang yang baru menggantikan Barisan Nasional, maka Pas terus menegaskan syarat utamanya - kerajaan baru itu mestilah bertunjangkan Islam dan majoriti wakil rakyat Islam.
Tidak semena-mena Anwar menjadi kelu. Dia tidak berani mengumumkan nama atau mendedahkan senarai wakil rakyat yang didakwanya sudah ada dalam 'kocek' beliau.
Contoh paling ketara adalah dua amaran keras Pas pada lewat September lalu dan awal Oktober ini.
Sebelum ini Anwar sudah beberapa kali sama ada meminta Perdana Menteri Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membolehkannya membentangkan undi tidak percaya atau beliau bersedia menghadap Yang Dipertuan Agong.
Terbaru Anwar yang mahu menenang hati penyokongnya yang semakin gelisah dan tidak lagi mahu mengiringinya ke bangunan Mahkamah Rendah di Jalan Duta, sekonyong-konyong mengumumkan mungkin menjelang Hari Raya Aidiladha ini, hajatnya menubuhkan kerajaan baru itu akan terkabul.
Dengan sasaran 16 September, 2008 sudah berlalu begitu juga 23 September, Anwar tiba-tiba meminta penyokongnya agar usah bimbang kerana satu dua tahun akan datang mungkin mimpinya akan menjadi.
Malang 1,000 kali malang bagi Anwar, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, sejak asal lagi sudah memberi AMARAN, "Pas tidak akan menyertai sesebuah kerajaan baru persekutuan jika majoriti wakil rakyatnya bukan Islam.
Kata Hadi,"Apabila jumlah wakil rakyat bukan Islam melebihi kerusi wakil rakyat Islam, maka Pas akan membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat." Ini ditegaskan ketika berucap pada satu majlis ceramah di Dungun, kata akhbar rasmi Pas, Harakah.
Itu adalah syarat pertama, kedua Pas mahu kerajaan yang bakal dibentuk mestilah yang kukuh dan bukan dipenuhi wakil rakyat yang penakut.
Hadi Awang lebih mengharapkan wakil rakyat Umno menyertai Pas bagi membolehkan kekuatan Melayu dibina lantas mengukuhkan lagi kedudukan Islam.
Memandangkan syarat inilah, maka Hadi mendesak Anwar Pas mahu meneliti senarai wakil rakyat BN yang didakwanya mahu menyertai pembangkang.
Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa pula terang-terang menegaskan Pas tidak akan menggadai prinsipnya iaitu bukan hanya berjuang mencapai matlamat politik hingga sanggup mempermudahkan pelaksanaan Islam.
Ini kerana bagi Pas, Islam itu wujud dalam semua bentuk sama ada ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Sudah tentulah agenda Islam ini berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah.
Kini bukanlah satu rahsia lagi, Anwar mungkin ada 33 wakil rakyat dari BN yang menyatakan kesediaan berpindah kepada Pakatan Rakyat, tetapi gabungan pembangkang dalam sekelip mata akan kehilangan 23 wakil rakyat Pas.
Syarat ketat Pas itu menjadi penghalang hingga membuat Anwar tidak berani membuka mulut lagi. Tergamam dia dibuatnya.
Semua orang kini tahu, wakil rakyat yang melompat itu kelak bersama-sama 31 wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan 28 daripada DAP tidak mencerminkan peratusan atau komposisi pecahan penduduk di negara ini.
Dengan komposisi pembangkang yang berat memihak mewakili sesuatu kaum saja, Anwar mendukung pakatan yang bukan saja tempang malah tidak mampu menyuarakan kehendak rakyat jelata.
Hai Anwar kamu kini hanya mampu memendam rasalah saja. Mimpi indah untuk dapat memujuk Tengku Razaleigh Hamzah berputus arang dengan Umno kekal impian saja nampaknya. Begitu juga Zaid Ibrahim terus bermain sandiwaranya.
Wakil rakyat dari Sabah yang lantang bersuara di Parlimen tidak menunjukkan minat mahu mengekori Keadilan.
Lantas kini setiap kali kau Anwar membuka mulut mengenai pembentukan kerajaan baru secepat itu jugalah Hadi Awang akan memberi amaran keras berkaitan tuntutannya. Jahit sajalah mulutmu tu Anwar dan buai sajalah mimpimu itu hingga kamu terlena.
Umno, MCA giat membina semula kekuatan mereka dan sudah tentu akan mengganyang pembangkang yang masih tidak sekata dan berangan-angan kosong.