Sunday, November 16, 2008

Suara ghaib dan editor kena 'chopped'

BERITA dan ulasan mengenai kenyataan dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kini sudah pun mula dapat dibaca di akhbar-akhbar arus perdana dan muncul di kaca tv baik TV3 atau Astro.
Keadaan sudah mula normal kembali dan jelas arahan larangan dan 'blackout' dikenakan terhadap Dr Mahathir ditarikbalik.
Memanglah sekejap ada sekejap tidak ada, macam silap mata saja berita Dr Mahathir ni. Tetapi sejak timbul kisah-kisah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai penasihat politik dan Tun Daim Zainuddin, konsultan ekonomi, segalanya berubah.
Ada 'orang dalam' kata editor kini berani siarkan kenyataan Dr Mahathir kerana sejak meletakkan jawatan September lalu dan sementara menantikan Mac, 2009, Kalimullah Hassan sudah tidak lagi kelihatan di Balai Berita.
Suara ghaib pun tidak lagi kedengaran memberi arahan.
Tetapi kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah. Khabarnya dua akhbar arus perdana sudah pun mempunyai editor-editor sama ada baru dilantik (memangku) atau disambung kontraknya, baru-baru ini.
Namun, sebagaimana biasa bertukarnya editor apabila PM baru dilantik, sudah ada nama-nama editor baru diterbangkan dengan heli mendarat di .....dan ada juga kena 'chopped' dan digantikan walaupun ini bermakna yang pergi akan dibayar pampasan sehingga RM800K.

No comments: