Friday, October 24, 2008

Mimpi pembangkang jadi menteri berkecai

PENGUMUMAN Anwar Ibrahim rancangan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru mengambilalih daripada Barisan Nasional, kini ditangguhkan berikutan kegawatan ekonomi dunia, agak memeranjatkan.
Bukan menghampakan rakyat yang dah bosan dengan tipu helah, pembohongan, putarbelit dan lidah bercabang si Anwar ni, tapi semua 'tokoh' di sekeilingnya selama ini yang begitu mengharapkan Anwar menjadi Menteri Perdana alias Perdana Menteri.
Lu tak ada gengsilah Anwar. Lu Kia bo lah.
Semua orang dah tahu..dalam Kabinet Bayangan pembangkang, Tian Chua sudah pun bermimpi dilantik Menteri Penerangan; Lim Kit Siang tentunya Timbalan Perdana Menteri begitu juga mungkin Karpal Singh menteri undang-undang atau Dalam Negeri; Pembangunan Luar Bandar boleh jadi dimimpikan Dr Nasir; Belia dan Sukan, Shamsul Iskandar dan menteri semua hal, Saifuddin Nasution.
Turut memasang cita-cita agaknya sudah tentulah Johari Abdul, Khalid Samad dan Teresa Kok?
Pastinya ramai lagi yang sentiasa berligar dekat Anwar kerana setidak-tidaknya dilantik setiausaha politik atau dihantak jadi pengerusi/ketua pengarang kumpulan NST atau Kumpulan Utusan.
Yang pasti Ezam, Ghani Haroon dan ramai lagi yang pernah berjuang dalam erti kata sebenar-benarnya bagi membela Anwar sudah lama dipinggir dan dilupakan Anwar.
Kini ramai yang lebih gemar membuntuti Anwar sebenarnya mahu habuan sama ada berupa pelantikan politik atau kontrak bermakna wang melimpah ruah kelak.
Rupa-rupanya Suara Keadilan 22-29 Oktober tidak diberitahu lebih awal "Harapan Hanya Kepada Anwar" hanyalah omong kosong saja. Cakap-cakap di kedai kopi diganti todi atau arak agaknya hingga semuanya mabuk kuasa!
Kan Anwar pernah jadi TPM 90-an dulu. Kan dia memasang golongan usrahnya merampas kuasa di akhbar perdana - Berita Harian dan Utusan dan juga TV3. Pemberita budak hingusan dari pekan boleh dilantik jadi komisar di Jabatan Editorial sebab 'puja' Anwar.
Ramai yang dapat wang panas ketika itu. Ramai yang dapat tanah berpremium rendah. Ada yang jadi ejen komisen 20 persen. Ada yang bina banglo di Shah Alam. Kini semuanya bertabur. Bersembunyi? Entahlah. Mimpi enak-enak semua..sambil berdengkur dan berairliuh basi bantaltu!
916, 923 dah berlalu pergi jauh dan tiba Aidiladha kelak banjir air matalah Anwar bersama-sama semua koncomu.

2 comments:

Anonymous said...

sudahlah tu, kamu semua wakil rakyat pembangkang jaga penduduk lebih baik daripada tunggu kucing bertanduk. Anwar tidak akan mampu penuhi janjjinya.
dia ada kes liwat yang harus diselesaikan di mahkamah.

Anonymous said...

Bila depa dah mula naik tanduk, Hindraf hantar petition kat Queen, depa pun ikut mula hantak petition kan YDP...Ini sudah budaya BIADAP..

Orang Kedah kata, kena Godam, terkancing gigi..

Aku pernah saksi cara bekas General dulu, pernah GODAM seorang makluk yang kalut pengena orang tu orang ni. Naik bulu ruma juga bila dengar dia keluarkan kata yang begitu tajam sekali. He just came out with one sentence, hah, sejak itu, jalan macam anjing EKOR terkepit2 celah kangkang. Kita perlu NEGARAWAN BANGSA sebegini untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlupa daratan.

I think these people are too inward thinking... Pihak atasan, bukan sekadar menjaga kepentingan dalaman Negara, malahan, anasir2 dari luar juga begitu ghairah menanti, bila masa saja ader kelemahan dalaman Negara, apa lagi, selit ambil kesempatan!!!

Nah, apa jadi kat Saddam.. Puak Rakyat sendiri telah memberi peluang kpd US masuk, gantung beliau, finally, IRAQ terjerumus ... SIAPA AKHIRNYA MENDERITA??? Rakyat...

Anwar sendiri tak pernah jadi Menteri Pertahanan... ingat pasai Duit saja, duk subahat dengan depa2 yang tak kisah apa asalkan DUIT DUIT DUIT.. Its the Nation's overall well being yang perlu kita pertahankan, kedaulatan Negara demi masa depan anak cucu cicit kita.

I am sure Anwar dah kena GODAM dengan yang berkenaan.

KEPALA GODAM